Okayy, aku tak pernah lagi berbicara soal bibik ye di sini. Jadi ye ye ye, apa yang aku nak cakap kat sini ialah bibik aku dah balik indonesiaaaaaa. Ehem, dia baru balik hari ni. Aku yang pergi hantar dia dekat KLIA tadi, okay bukan aku sahaja la yang pasti. Aku pergi bersama ayah dan ibu dan pasti lah bibik pon ada sebab dia yang nak balik kan -_-
Secara jujurnya lahh aku teramat tak rapat dengan bibik aku. Aku tak banyak bersembang dan tak banyak bergurau macam adik aku amir bergurau dengan bibik. Walaupun tak rapat tapi bila dia takde ni rasa agak lain sikit ye ye ye :) Aku yang pelupa ni kan suka letak barang merata. Bila hilang je barang aku akan tanya bibik aku. Sekarang kalau hilang aku mengamuk sorang2 lah nampaknyaa. Ataupun aku kena berhati-hati dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meng-ingat mana aku letak. Macam Faiz kata lepas ni jangan letak barang merata dah sebab nanti nak cari susah :D hehe memang benar belaka lah apa yang dikatakan itu. Sudah kenal benar dah dengan anak dara sorang ni.
Dan yang pasti, anak dara ini sudah ditugaskan apa yang patut dilakukan semasa ketiadaan bibik ni. Lepas ni dah takde bibik ganti, mungkin? Yaaaa aku pun tak tahu -_- Aku kena lah buat sendiri, dah besar hehe. Afiqah? Nasib laa kena buat keje hahaha. Dia sorang je yang kecik pong. Kecik pon darjah 6 :D Si kecik ni selalu aje nak 'bik, nak milo, bik nak ni, bik nak tuu' Sekarang? panggil lah diri sendiri ye ye ye :D Afiqah rindu bibik diaaaa haha. Baru je sehari dah rindu. Sabar la ye nak :D
dah dah. bye
assalamualaikum.
dah dah. bye
assalamualaikum.
